CERITA QURANCLINIC

Quranclinic merupakan bisnes rasmi kami yang mula beroperasi pada awal tahun 2017.  Dengan nama perniagaan (BF SMART SERVICES) ia diasaskan dan diuruskan oleh singkatan nama Bukhari dan Fairuz iaitu dua orang sahabat yang merupakan ustaz yang mengajar di Pusat Pemurnian Akidah.

Melihat kepada masalah masa kini, dua orang sahabat ini telah tercetus idea untuk mengembangkan kelas mengaji datang ke rumah. Ini kerana keperluan masyarakat Islam di Malaysia untuk membaca Al-Quran dan pendedahan asa Fardhu Ain adalah sangat diperlukan buat masa ini.

Ini berdasarkan pengalaman dua orang sahabat ini iaitu selama mejadi pengajar, dua orang sahabat ini telah menerima banyak permintaan untuk mengajar mengaji datang ke rumah. Ini disebabkan kekangan masa oleh ibubapa dan pelajar rasa malu untuk megaji secara beramai-ramai. 

Masalah ini adalah sangat berat. Maka, kami memikul tanggungjawab untuk membantu ibubapa dan pelajar. Dengan ini kami mengasaskan Quranclinic sebagai tempat untuk klien mencari tutor yang terbaik dan juga untuk tutor (Ustaz dan Ustazah) mendapatkan peluang pekerjaan (job tuition).

Previous
Next